PENILAIAN SEPANJANG 14
MINGGU (60%):
KRT3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT
SEKOLAH RENDAH
Tugasan 1A, 1B: Perbincangan
Forum (10%)- MyGuru3
Tajuk Tugasan 1A
Bincangkan penggunaan
ICT di sekolah dalam proses P&P dan pentadbiran di sekolah. Perbincangan
ini boleh merangkumi :
ü Penggunaan ICT di sekolah pada masa kini
ü Perancangan penggunaan ICT pada masa akan datang oleh
kementerian atau sekolah anda
ü Cadangan anda selain daripada di atas yang boleh
dilaksanakan untuk menambahbaik proses P&P atau pun pentadbiran di sekolah.
Ianya boleh terdiri dari cadangan anda sendiri ataupun melalui sumber bacaan
(jika melalui sumber bacaan sertakan rujukan yang berkaitan).
Tarikh penilaian
Tugasan 1A :
Forum mula dibuka : 1 Oktober 2012
Forum ditutup : 19 Oktober 2012
Tarikh penilaian
Tugasan 1B : (akan diberi kemudian)
Forum mula dibuka : 5 November 2012
Forum ditutup : 23 November 2012
Secara individu,
pelajar dikehendaki terlibat dalam perbincangan forum yang diaktifkan oleh
pensyarah e-learning masing-masing. Markah berjumlah 5% akan diberikan bagi
setiap tajuk forum berdasarkan kekerapan dan kupasan positif pelajar terhadap
perbincangan yang diberikan.
Kriteria penilaian markah untuk
perbincangan forum adalah seperti berikut:
SKALA MARKAH
|
KRITERIA KEKERAPAN PENGLIBATAN DALAM FORUM
|
4 - 5%
|
Penglibatan
forum baik. Idea dan kupasan yang diberikan adalah bernas dan kritis
|
3%
|
Penglibatan
forum kurang dari tiga kali. Kupasan yang diberikan adalah ringkas dan tiada
sebarang idea/cadangan baru dibincangkan.
|
1-2 %
|
Penglibatan
forum tidak memberangsangkan. Kupasan yang diberikan terlalu ringkas.
|
0 %
|
Tiada bukti
penglibatan dalam forum langsung.
|
Tugasan 2: Pembudayaan ICT Dalam
Profesionalisme Guru (20%)
Tarikh akhir penghantaran
Tugasan 2 : 16 November 2012
Secara individu,
pelajar dikehendaki membina satu persembahan multimedia berkaitan dengan bidang
tugas anda.
Tajuk
persembahan: PEMBUDAYAAN ICT DI (Nama sekolah atau Pejabat anda bertugas sekarang).
Persermbahan multimedia yang
dibina adalah mengenai aktiviti yang dilaksanakan dalam persekitaran kerja
anda. Persembahan tersebut perlu mematuhi peraturan berikut:
1. Persembahan
multimedia ini boleh dihasilkan menggunakan sebarang perisian yang bersesuaian
(contohnya Microsoft PowerPoint, OpenOffice Impress, dan sebagainya).
2. Bilangan slaid
adalah di antara 10 – 15 slaid sahaja.
3. Kandungan
persembahan adalah seperti berikut:
·
Teks
·
Grafik
·
Jadual
·
Graf
·
Animasi
·
Audio
·
Pautan antara slaid persembahan (pautan dalaman).
·
Pautan antara slaid persembahan dengan dokumen lain
(pautan luaran)
4. Penghantaran
tugasan 2 ini perlu dibuat melalui Tapak Tugasan 2 dalam MyGuru3. Penghantaran melalui pos tidak akan dilayan.
5. Penulisan
persembahan ini perlulah mengikut gaya penulisan akademik dan perlu
disenaraikan sumber rujukan untuk setiap kandungan persembahan yang dirujuk
daripada sumber luar.
Kriteria penilaian markah untuk tugasan
2 adalah seperti berikut:
Kriteria
|
Markah
|
Kandungan
persembahan
|
7%
|
Kreativiti
persembahan
|
10%
|
Rujukan
|
3%
|
JUMLAH
|
20%
|
Tugasan 3: Pembangunan Blog
P&P (30%)
Tarikh penilaian
akhir pada 14 Disember 2012
Blog anda perlu aktif
dan dihantar pada Tapak Tugasan MyGuru3 pada 15 November 2012
Secara individu,
pelajar dikehendaki membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi satu topik
pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian
Pelajaran Malaysia. Syarat berikut perlu dipatuhi:
1.
Pelajar
boleh menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.
2.
Pilihan
matapelajaran hendaklah berdasarkan mata pelajaran utama yang ditugaskan di sekolah.
3.
Pastikan
nama, foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog diletakkan di muka
hadapan blog. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa dikemaskini
sebelum tarikh akhir penilaian tugasan blog.
4.
Blog
perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
üBahan pembelajaran seperti nota, soalan latihan, aktiviti
di dalam kelas dan sebagainya.
üGambar
üAudio
üVideo
üLibatkan pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk
memberi komen pada kandungan yang dipaparkan.
üSediakan pautan kepada laman sosial dan repositori bahan
pengajaran seperti Facebook, Scribd, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana
format yang sesuai.
5.
Tugasan
blog hendaklah dihantar melalui Tapak Tugasan 3 dalam Myguru3.
Markah bagi tugasan ini diberikan
berdasarkan kriteria berikut:
KRITERIA
|
MARKAH
|
Isi kandungan blog serta kualiti
penyampaian
|
15%
|
Senireka blog dan kerativiti
|
10%
|
Pandangan dan omen daripada pelawat
blog
|
5%
|
JUMLAH
|
30
|
PERINGATAN
Plagiat bagi mana-mana tugasan adalah dilarang sama
sekali. Sekiranya pelajar didapati meniru/menipu dalam mana-mana tugasan boleh
dikenakan tindakan tatatertib serta hukuman setimpal dengan kesalahan.